Percutian di North Island dan South Island, New Zealand
6 FEBUARI , MUSIM PANAS 9 ºC - 21 ºC
AUCKLAND
Kami masak sarapan, masak makan tengah hari dan turun ke laundrette untuk basuh baju. Hari ini lebih banyak berehat saja sebab dah penat berjalan-jalan di South Island selama seminggu 😅😅.
Sebelah malam pula, kami keluar berjalan2 di bandar Auckland
dan singgah di Star Kebab di 350 Queen St, Auckland untuk makan malam.
7 hb Februari 2017
Lepas masak sarapan, kami keluar berjalan2 ke University of Auckland.
Kemudian singgah makan tengahari di Ayutthaya Thai Food sekali lagi.
Ini lah orang2 di Ayutthaya Thai Food yang baik dan peramah.
Masakan mereka semuanya sedap 😀😀. Pelajar Malaysia ramai yang datang menjamu selera di kedai makan ini.
 |
Ayutthaya menjual masakan thai yang halal
|
Pada sebelah petang, kami bertolak ke lapangan terbang Auckland.
Tiba masanya untuk pulang ke Malaysia.
Terserempak dengan patung ni sebelum menaiki kapal terbang .
Ada tertulis di situ "On Loan From Middle Earth"
 |
Berakhirnya percutian di South dan North Island New Zealand
|
Banyak lagi tempat yang tidak sempat kami lawati.
Malah kami tidak sempat pun ke Mildford Sound, walaupun pada awalnya kami merancang untuk ke sana.
Tak pa lah. Dapat menjejak kaki di bumi New Zealand ini pun, alhamdulillah.
Walaupun kami amat gembira menjelajah New Zealand yang cantik ini,
namun setelah dua minggu terasa juga rindukan Malaysia.😉😉
Untuk itinerari dan gambar percutian di
KOREA SELATAN, sila Klik
DI SINI