Tempat-tempat menarik untuk di lawati semasa bercuti di New Zealand
4 FEBUARI, MUSIM PANAS 11ºC-21ºCLALUAN HARI INI
QueenstownàLake Waihola àDunedin (Leith Valley Touring Park)
LALUAN HARI INI DI DUNEDIN
Leith Valley Touring ParkàBaldwin StreetàBotanical GardenàRailway StationàLake WaiholaàLeith Valley Touring Park
Melawat Dunedin di South Island New Zealand
Hari ini kami meninggalkan Queenstown menuju ke Dunedin.Dalam perjalanan, sekali lagi kami singgah beli buah cheri segar drive thru di rumah pemilik kebun cheri. Kami pernah singgah di sini semasa dalam perjalanan dari Lindis Pass ke Queenstown beberapa hari lepas.
Lepas itu, kami singgah di kebun nectrine tapi tak beli apa2. Ambil gambar saja.
Baru je sambung memandu sekejap, ternampak pula kedai menjual buah-buahan.
Kami terus singgah di situ. Ceri di sini dijual dengan harga $8 per kg, tapi cerinya di tulis "seconds cerries". Kata pekerja di sini, seconds cerries bermakna ceri yang baru dipetik tapi terdapat sedikit calar pada buah ceri ini. Rasanya tetap sama, segar dan manis.
Buah yang kita pilih akan dikisar dan dicampur dengan yogurt dan ais krim. Sedap betul.
Pekerja yang menjaga tempat ais krim ini berasal dari Sabah.
Tapi katanya dia jarang balik ke Malaysia.
Tips memandu dan menyewa kereta murah di New Zealand
Berkelah di Lake Waihola, New Zealand yang sangat cantik
LAKE WAIHOLAKami meneruskan perjalanan dan
singgah di Lake waihola untuk makan bekal yang kami bawa.
makan bekal tengah hari di tepi Lake Waihola, New Zealand |
DUNEDIN
Akhirnya kami sampai di Dunedin dan terus ke Leith Valley Touring Park.
Kami ambil kunci dan simpan barang-barang dan samak semua peralatan dapur dengan sabun tahara. Kemudian kami keluar lagi untuk melawat tempat-tempat menarik di Dunedin.
Mendaki Baldwin Street, New Zealand, iaitu jalan paling curam di dunia.
BALDWIN STREET
Di sini, letaknya jalan yang paling curam di dunia.
Jalan ini terletak di tengah-temgah kawasan perumahan.
Jarak jalannya 350 meter sahaja tapi puncaknya mencapai 30 meter tingginya 😱😱.
Jalan ini terletak di tengah-temgah kawasan perumahan.
Jarak jalannya 350 meter sahaja tapi puncaknya mencapai 30 meter tingginya 😱😱.
Menikmati pemandangan indah di Botanical Garden, Dunedin, New Zealand
DUNEDIN BOTANICAL GARDEN
😍😍
pemandangan yang sangat indah di Dunedin Botanical Garden New Zealand |
Kalau ke Dunedin, mesti singgah di Stesen Kereta api lamanya yang sangat unik.
DUNEDIN RAILWAY STATION
Bangunan bersejarah di sini sangat cantik seni binanya.
Kawasan sekitarnya pun cantik
bangunan bersejarah Dunedin Railway station yang sangat unik dan cantik di New Zealand |
Sebelum balik ke tempat penginapan kami, kami makan malam di kedai tandoori.
Itinerari Hari Pertama dan Kedua
Tiada ulasan:
Catat Ulasan