Percutian di New Zealand
HARI KE- 4 :: 28th January
Laluan Hari ini
Auckland à Matamata à Blue Spring à Huka Falls à Lake Taupo à Rotorua
Menyewa kereta dari Ezi Car Rental, Auckland, New Zealand
Hari ini masak sarapan dan bekal untuk makan dalam perjalanan. Kami ambil kereta
sewa yang telah kami tempah dari Ezi Car Rental di pusat bandar Auckland. Tempatnya tidaklah jauh, kami
berjalan kaki lebih kurang 20 minit untuk ke sana. Kereta ini kami sewa selama 3 hari dan akan kami hantar di lapangan terbang Auckland sebelum bertolak ke Christchurch hari Sabtu depan.
Cuaca di New Zealand ini berubah-ubah. Semalam suhu 16 ºC, sejuk nyaman dan berangin.
Tapi hari ini suhu hampir 23 ºC, baru lah terasa ini musim panas.
Cuaca di New Zealand ini berubah-ubah. Semalam suhu 16 ºC, sejuk nyaman dan berangin.
Tapi hari ini suhu hampir 23 ºC, baru lah terasa ini musim panas.
pengalaman percutian ke matamata, hobitton, new zealand
Singgah di Hobitton, Matamata dalam perjalanan ke Rotorua
MATAMATA
Kami memandu menuju ke Rotorua.
Dalam perjalanan, kami singgah di Matamata. Kami memang tidak bercadang ke Hobiton sebab rasa tak berbaloi berbelanja untuk lawatan ke sana. Tapi walaupun kami tidak betul2 ke sana, kami berpeluang bergambar dengan sebuah rumah horbit di tepi jalan di Matamata. Rumah horbit ini sebenarnya pusat pelancongan untuk Matamata.
Jadi walaupun tak ke Hobiton, dapat juga kami melihat dan bergambar di hadapan rumah comel ini,
percuma pulak tu 😁.

Memandu melalui Hobbiton di New Zealand |
tips bercuti ke new zealand bersama keluarga, bercuti secara backpacker ke new zealand, sewa kereta paling murah di new zealand, pakej percutian ke new zealand, penginapan murah di new zealand
Membeli buah-buahan tempatan yang sedap dan murah di New Zealand
Semasa meneruskan perjalanan ternampak ramai orang berhenti di bahu jalan untuk beli buah.
Kami pun tak ketinggalan, beli apricot, necterine dan avocado.
Dalam perjalanan ke Rotorua kami singgah di Blue Spring , Huka Falls dan Lake Taupo , New Zealand
BLUE
SPRING, New Zealand
Kami meneruskan perjalanan dan kali ini singgah di Blue Spring.
Kereta kami tinggalkan di bahu jalan dan kami berjalan selama lebih kurang 30 minit untuk sampai ke tasik yg cantik ini.
Kereta kami tinggalkan di bahu jalan dan kami berjalan selama lebih kurang 30 minit untuk sampai ke tasik yg cantik ini.
Berjalan kaki melalui cerun bukit untuk ke Blue Spring yang sangat cantik, di New Zealand |
Jalan menuju ke Blue Spring, New Zealand dari tempat letak kereta di tepi jalan besar |
Airnya biru dan sangat jernih hingga nampak semua tumbuh-tumbuhan di dalam dan di dasarnya.
Dalam gambar tak berapa nampak air tasik ini kerana terlalu jernih.
Dalam gambar tak berapa nampak air tasik ini kerana terlalu jernih.
Sebenarnya, orang ramai tidak dibenarkan mandi/berenang di sini.
Tapi, ada juga pelawat yang degil dan berbuat sesuka hati mereka.
Klik DI SINI untuk video Blue Springs.
Tapi, ada juga pelawat yang degil dan berbuat sesuka hati mereka.
Klik DI SINI untuk video Blue Springs.
Sebelum menyambung perjalanan, kami menjamu selera di sini dengan bekalan yang kami bawa.
Air jernih umpama cermin di Blue Lake, New Zealand |
Airnya biru dan jernih..
.nampak seperti cermin,
sangat2 cantik.
HUKA
FALLS, TAUPO
Kami singgah pula di Huka Falls.
Pemandangan yang sangat menakjubkan.
Ada pelbagai aktiviti di sini tapi kami hanya singgah untuk menikmati keindahan dan bergambar.
Pemandangan yang sangat menakjubkan.
Ada pelbagai aktiviti di sini tapi kami hanya singgah untuk menikmati keindahan dan bergambar.
Klik DISINI untuk video di Huka Falls
Huka Falls, New Zealand yang menakjubkan |
LAKE
TAUPO
Lake Taupo terletak tidak jauh dari Huka Falls.
Air dari Huka Falls lah yang mengairi Lake Taupo.
Menuju ke Rotorua, New Zealand
ROTORUA
Akhirnya sampai ke destinasi kami, Rotorua, kami terus checkin di Four Canoes Hotel.
Bilik kami di lengkapi sebuah katil queen dan 3 katil single, cukup untuk kami berlima sekeluarga.
Bilik TV/Media di Four Canoes Hotel |
Selepas checkin dan menyimpan beg2 kami di bilik, kami terus ke Communal Kitchen.
Ketika ini cuma ada sekeluarga pengunjung lain yang sedang menggunakan oven untuk memanaskan pizza mereka.
Ketika ini cuma ada sekeluarga pengunjung lain yang sedang menggunakan oven untuk memanaskan pizza mereka.
Kami terus mengeluarkan semua peralatan masak dan pinggan mangkuk yang kami perlu dari kabinet dan menyamak kesemuanya menggunakan sabun tahara.
Kami memang datang awal untuk memasak supaya tidak perlu berkongsi dapur, sinki dan peralatan yang telah kami samak .
Ayam pedas, daging goreng dengan kacang buncis, tomyam fishball dan daging black pepper. Alhamdulillah, kenyang 😂.
Itinerari Hari Pertama dan Kedua
Itinerari Hari Pertama dan Kedua
Itinerari Hari Ke-tiga
Itinerari Perjalanan ke Rotorua Hari Ke-lima
Itinerari Hari Ke-enam
Itinerari Hari Ke-tujuh
Itinerari Hari Ke-lapan
Itinerari Hari Ke-sembilan
Itinerari Hari Ke-sepuluh
Itinerari Hari Ke-sebelas
Itinerari Hari Ke-dua belas
Itinerari Hari Ke-tiga belas dan empat belas
Untuk itinerari dan gambar percutian di KOREA SELATAN, sila Klik DI SINI
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam