Bercuti di new zealand
25th January & 26th January
LALUAN HARI INI
KLIA2 à OOL à AKL
KLIA2 à OOL à AKL
LAPANGAN TERBANG KLIA2
Setibanya kami di KLIA2, kami terus ke kaunter baggage drop untuk urusan check-in beg kami yang berisi bahan masak
dan ubat-ubatan. Sementara menunggu waktu berlepas, kami makan dulu di salah sebuah restoran diKLIA2.
Transit di Gold Coast selama sejam dalam perjalanan ke Auckland, New Zealand
LAPANGAN TERBANG GOLD COAST, AUSTRALIA
Kami akhirnya berlepas ke Auckland. Setelah 8 jam, kami
tiba di lapangan terbang Gold Coast, Australia untuk tujuan transit.
Semua penumpang transit perlu turun
bersama semua bagasi tangan dan perlu mengikut papan tanda “international
transfer”. Di sini kami perlu beratur dan bagasi tangan di imbas sebelum kami
dibenarkan masuk ke kawasan menunggu.
Kami hanya menunggu dalam 20 minit sahaja sebelum dipanggil untuk masuk
ke dalam pesawat semula. Semua penumpang transit di arah duduk semula di tempat yang
sama.
Sebelum tiba di Auckland, kami
mengisi borang kad deklarasi New Zealand Passenger Arrival Card. Kami menanda semua bahagian barangan larangan yang perlu kerana kami ada membawa pelbagai jenis makanan, ubat dan kasut/selipar. Ini adalah untuk mengelak daripada dikenakan denda berat oleh pihak kastam New Zealand.
LAPANGAN TERBANG AUCKLAND, NEW ZEALAND
Auckland dari udara |
PROSES IMIGRESEN & PEMERIKSAAN KASTAM DI LAPANGAN TERBANG AUCKLAND, NEW ZEALAND
Selepas 3 jam, kami tiba di Auckland. Kami dibawa menaiki
bas untuk ke terminal dan beratur hinggalah berjumpa seorang pegawai wanita.
Dia bertanya sama ada kami membawa apa2 makanan atau kasut untuk kegunaan
selain kegunaan peribadi. Akhirnya dia menulis FOOD LANE 3 di atas kad
deklarasi kami.
PEMERIKSAAN KASTAM
Kami kemudiannya beratur mengikut Laluan 3 untuk ke kaunter pemeriksaan Kastam sehingga berjumpa dengan seorang pegawai lelaki berbangsa Cina dan seorang pegawai wanita tempatan New Zealand. Dia meminta kami membuka beg,
Lelaki Cina itu bertanya, “Did you bring Brahim’s or
canned sardine or maggie?”.
Apabila kami
jawab, ‘ya’, dia bertanya lagi “How about seasoning for nasi goreng?”.
Bila kami jawab “ya’, dia terus memberitahu rakan
kerjanya, pegawai wanita tempatan New Zealand tadi “I told you Malaysian will bring all
these stuff with them” sambil kedua-duanya ketawa.
Kemudian pegawai berbangsa Cina tadi mula berkomunikasi
dalam Bahasa Melayu.
“kiub maggie bawak tak?”, dia siap bertanya kami “kenapa bawa maggi kari saja, kenapa tak bawa maggi pedas sebab yang itu kegemarannya. Panjang betul dia berceloteh dalam bahasa Melayu dengan kami.
Sangat peramah orangnya tapi kami tidak sempat bertanya sama ada dia orang Malaysia atau sebaliknya sebab ramai yang beratur menunggu giliran untuk beg mereka di periksa. Akhirnya kami dibenarkan keluar, pegawai berbangsa cina tadi berkata “Thank you for declaring all your food and welcome to New zealand".
“kiub maggie bawak tak?”, dia siap bertanya kami “kenapa bawa maggi kari saja, kenapa tak bawa maggi pedas sebab yang itu kegemarannya. Panjang betul dia berceloteh dalam bahasa Melayu dengan kami.
Sangat peramah orangnya tapi kami tidak sempat bertanya sama ada dia orang Malaysia atau sebaliknya sebab ramai yang beratur menunggu giliran untuk beg mereka di periksa. Akhirnya kami dibenarkan keluar, pegawai berbangsa cina tadi berkata “Thank you for declaring all your food and welcome to New zealand".
MEMBELI DATA/INTERNET di SPARK (New Zealand)
Seorang ahli keluarga kami yang telah ada di New Zealand
telah sedia menyambut kedatangan kami.
Kami kemudiannya membeli data internet di kaunter Spark di
lapangan terbang. Data/internet di New Zealand agak mahal, NZD 29 untuk 1.5GB dan boleh topup NZD20 untuk 1GB.
membeli makanan halal di new zealand, kedai muhammed halal meat
membeli daging dan ayam halal di new zealand
Membeli daging & ayam halal di Auckland, New Zealand
MUHAMMED HALAL MEATS
Setelah semua urusan kami selesai, kami menuju ke kedai
Muhammed
untuk membeli daging, ayam dan sosej halal.
Kedai ini beralamat di 202 Richardson Rd, Mount Roskill.
Kedai ini beralamat di
Muhammed Halal Meat menjual daging dan ayam halal di Auckland, New Zealand |
PAK n SAVE
Kemudian kami ke PaknSave untuk membeli barang keperluan
lain seperti sabun basuh pinggan, roti, minyak masak, beras, bawang dll.
restoran halal di auckland new zealand
Pizza Halal di Auckland, New Zealand
HEAT PIZZAS & BURGERS
Kami singgah makan malam piza halal di 8 Mount Street, Auckland sebelum tumpang
bermalam di sebuah rumah kenalan di sini. Kami tidak lama di Aucland sebab itu kami tidak menyewa penginapan di sini.
Piza halal di Auckland, New Zealan |
Itinerari Hari Ke-tiga
Itinerari Hari Ke-empat
Itinerari Hari Ke-lima
Itinerari Hari Ke-enam
Itinerari Hari Ke-tujuh
Itinerari Hari Ke-lapan
Itinerari Hari Ke-sembilan
Itinerari Hari Ke-sepuluh
Itinerari Hari Ke-sebelas
Itinerari Hari Ke-dua belas
Itinerari Hari Ke-tiga belas dan empat belas
Untuk itinerari dan gambar percutian di KOREA SELATAN, sila Klik DI SINI
terima kasih, nak jadikan ini sebagai rujukan. october 24 ni nak pergi nz
BalasPadam