Khamis, 26 April 2018

Catatan Perjalanan


Catatan Perjalanan Percutian Sekeluarga ke New Zealand Selama 14 Hari

Itinerari Perjalanan Ke new Zealand

Klik untuk Itinerari dan gambar-gambar mengikut hari perjalanan:

 

 

 


 




Untuk itinerari dan gambar percutian di KOREA SELATAN,
sila Klik DI SINI 

bercuti di new zealand, bercuti di south island new zealand, bercuti di north island new zealand, percutian ke New Zealand, tip bercuti di new zealand, tempat menarik di new zealand, pemeriksaan imigresen New Zealand, pemeriksaan immigration new zealand, barangan makanan yang tidak boleh dibawa masuk ke new zealand, pengalaman bungy jumping di new zealand  

Sabtu, 3 Mac 2018

Bercuti di New Zealand: Hari ke 13 & 14

Percutian di North Island dan South Island, New Zealand

6 FEBUARI , MUSIM PANAS 9 ºC - 21 ºC

AUCKLAND
 Kami masak sarapan, masak makan tengah hari dan turun ke laundrette untuk basuh baju. Hari ini lebih banyak berehat saja sebab dah penat berjalan-jalan di South Island selama seminggu 😅😅.

Sebelah malam pula, kami keluar berjalan2 di bandar Auckland
 dan singgah di Star Kebab di 350 Queen St, Auckland untuk makan malam.







7 hb Februari 2017

Lepas masak sarapan, kami keluar berjalan2 ke University of Auckland. 


                                
                                Kemudian singgah makan tengahari di Ayutthaya Thai Food sekali lagi.



 Ini lah orang2 di Ayutthaya Thai Food yang baik dan peramah. 
Masakan mereka semuanya sedap 😀😀. Pelajar Malaysia ramai yang datang menjamu selera di kedai makan ini.

Ayutthaya menjual masakan thai yang halal 




Pada sebelah petang, kami bertolak ke lapangan terbang Auckland. 
Tiba masanya untuk pulang ke Malaysia.


Terserempak dengan patung ni sebelum menaiki kapal terbang .
Ada tertulis di situ "On Loan From Middle Earth"

Berakhirnya percutian di South dan North Island New Zealand


Banyak lagi tempat yang tidak sempat kami lawati. 
Malah kami tidak sempat pun ke Mildford Sound, walaupun pada awalnya kami merancang untuk ke sana.  

Tak pa lah. Dapat menjejak kaki di bumi New Zealand ini pun, alhamdulillah.

Walaupun kami amat gembira menjelajah New Zealand yang cantik ini, 
namun setelah dua minggu terasa juga rindukan Malaysia.😉😉



Itinerari Hari Pertama dan Kedua
Itinerari Hari Ke-tiga
Itinerari Hari Ke-empat
Itinerari Hari Ke-lima
Itinerari Hari Ke-enam
Itinerari Hari Ke-tujuh
Itinerari Hari Ke-lapan
Itinerari Hari Ke-sembilan
Itinerari Hari Ke-sepuluh
Itinerari Hari Ke-sebelas
Itinerari Hari Ke-dua belas

Untuk itinerari dan gambar percutian di KOREA SELATAN, sila Klik DI SINI 

Bercuti di New Zealand : Hari ke12

Pengalaman Bercuti di New Zealand selama 14 hari

5 FEBUARI, MUSIM PANAS 9 ºC - 21 ºC

LALUAN & HENTIAN HARI INI
Leith Valley Touring PaekàLarnach CastleàMoeraki BouldersàOmara ParkàCantebury Islamic CentreàChristchurch AirportàAuckland 

Hari ini masak sarapan dan juga bekal spagetti goreng untuk makan tengah hari. 
Kami keluar dari Leith Valley Touring Park pada pukul 10 pagi dan memulakan perjalanan setengah jam ke Larnach Castle.

Itinerari dan bajet percutian di New Zealand

Perjalanan menuju Larnach Castle, satu-satunya istana di New Zealand

LARNACH CASTLE

Larnach castle ini adalah satu-satunya istana yang terdapat di New Zealand.
Harga tiket untuk masuk ke dalam bangunan Larnach Castle ialah NZD 31 seorang.
Kami memilih tiket berharga NZD 15 seorang untuk masuk ke perkarangan istana dan Ball room Cafe sahaja. Lagipun kami ada terbaca yang bangunan ini biasa saja, yang cantik ialah taman sekitarnya.

Dan sememangnya taman di Larnach Castle ini sangat cantik.
Cuaca pun sejuk, memang sesuai untuk jalan2 di taman ini.

Larnach castle, satu-satunya istana di New Zealand


di hadapan larnarch Castle di new zealand



kawasan persekitaran larnarch castle, new zealand yang sangat cantik







Larnach Castle, Ball Room Cafe


Laluan ke Ball Room Cafe




Larnach Castle, 
Kawasan Luar Ball Room

Kawasan persekitaran larnarch castle, new zealand



Memandu ke Moeraki Boulders, New Zealand untuk melihat batu-batuan unik di tepi pantai.

MOERAKI BOULDERS

Dari Larnach Castle ke Moeraki Boulders memakan masa selama sejam. 

Kami berhenti di Moeraki Cafe & Gift Shop.
Ada tangga untuk turun ke tepi pantai yang di bina di belakang Cafe & Gift Shop ini. Sebelum menuruni tangga ini, ada papan tanda yang meminta pelawat memasukkan NZ 2 ke dalam tabung yang ada di tepi tangga dan duit yang didermakan ke dalam tabung akan digunakan untuk menyenggara tempat ini untuk kemudahan pelawat. Ada pelawat yang membayar tapi ramai juga yang terus turun ke pantai melalui tangga ini tanpa memasukkan duit ke dalam tabung.


Semasa menuruni tangga, 
kami ternampak seekor ikan lumba-lumba (dolphin) sedang berenang dan bermain-main dengan sekumpulan pelancong yang mandi di pantai ini 😄😄.


  



moeraki boulders, New Zealand , salah satu tempat unik yang wajib dilawati



 OMARA PARK
Kami singgah di Omara Park dan
makan bekal spageti goreng yang kami bawa untuk makan tengahari.

Omara Park

Masjid di Christchurch

CANTERBURY ISLAMIC CENTRE

Sampai di Christchurch, kami singgah solat di Masjid An-Nur dahulu.




Selesai solat, kami singgah makan nasi biriani dan Roti Nan di sebuah kedai Pakistan di Christchurch.

LAPANGAN TERBANG CHRISTCHURCH

Kami memulangkan kereta sewa GoRentals berdekatan dengan lapangan terbang. Pihak GoRentals kemudiannya menghantar kami ke lapangan terbang dengan shuttle bas.
Pesawat kami berlepas ke Auckland tepat pada jam 850 malam.

LAPANGAN TERBANG AUCKLAND

Sebaik tiba di sini, kami berjalan keluar dan menaiki shuttle bus  dengan harga NZD 67 untuk 5 orang untuk pulang ke rumah pelajar Malaysia.


Bercuti di New Zealand: Hari ke 11

Tempat-tempat menarik untuk di lawati  semasa bercuti di New Zealand

4 FEBUARI, MUSIM PANAS 11ºC-21ºC

LALUAN HARI INI
QueenstownàLake Waihola àDunedin (Leith Valley Touring Park)

LALUAN HARI INI DI DUNEDIN
Leith Valley Touring ParkàBaldwin StreetàBotanical GardenàRailway StationàLake WaiholaàLeith Valley Touring Park


Melawat Dunedin di South Island New Zealand

Hari ini kami meninggalkan Queenstown menuju ke Dunedin.
Dalam perjalanan, sekali lagi kami singgah beli buah cheri segar drive thru di rumah pemilik kebun cheri. Kami pernah singgah di sini semasa dalam perjalanan dari Lindis Pass ke Queenstown beberapa hari lepas.

Lepas itu, kami singgah di kebun nectrine tapi tak beli apa2. Ambil gambar saja.


Baru je sambung memandu sekejap, ternampak pula kedai menjual buah-buahan.
Kami terus singgah di situ. Ceri di sini dijual dengan harga $8 per kg, tapi cerinya di tulis "seconds cerries". Kata pekerja di sini, seconds cerries bermakna ceri yang baru dipetik tapi terdapat sedikit calar pada buah ceri ini. Rasanya tetap sama, segar dan manis.





 Kedai ini juga menjual ais krim buah-buahan.
Buah yang kita pilih akan dikisar dan dicampur dengan yogurt dan ais krim. Sedap betul.

Pekerja yang menjaga tempat ais krim ini berasal dari Sabah.
Tapi katanya dia jarang balik ke Malaysia.

Tips memandu dan menyewa kereta murah di New Zealand

Berkelah di Lake Waihola, New Zealand  yang sangat cantik

LAKE WAIHOLA

Kami meneruskan perjalanan dan
 singgah di Lake waihola untuk makan bekal yang kami bawa.



makan bekal tengah hari di tepi Lake Waihola, New Zealand 










DUNEDIN

Akhirnya kami sampai di Dunedin dan terus ke Leith Valley Touring Park.
Kami ambil kunci dan simpan barang-barang dan samak semua peralatan dapur dengan sabun tahara. Kemudian kami keluar lagi untuk melawat tempat-tempat menarik di Dunedin.


Mendaki Baldwin Street, New Zealand,  iaitu jalan paling curam di dunia.

BALDWIN STREET

Di sini, letaknya jalan yang paling curam di dunia.
Jalan ini terletak di tengah-temgah kawasan perumahan.
Jarak jalannya 350 meter sahaja tapi puncaknya mencapai 30 meter tingginya 😱😱.








Menikmati pemandangan indah di Botanical Garden, Dunedin, New Zealand

DUNEDIN BOTANICAL GARDEN
😍😍


pemandangan yang sangat indah di Dunedin Botanical Garden New Zealand






Kalau ke Dunedin, mesti singgah di Stesen Kereta api lamanya yang sangat unik.


DUNEDIN RAILWAY STATION


Bangunan bersejarah di sini sangat cantik seni binanya. 
Kawasan sekitarnya pun cantik

bangunan bersejarah Dunedin Railway station yang sangat unik dan cantik di New Zealand








Untuk itinerari dan gambar percutian di KOREA SELATAN, sila Klik DI SINI